Assalamualaikum kepada semua pembaca...
Untuk entry kali nie, saye ingin berkongsi mengenai resepi biskut raya kegemaran. Kalau setiap kali raya bertandang, mesti biskut nie jadi kegemaran saye. Akan tercari-cari di setiap rumah yang menjadi spot ziarah...hehe.nasib le. Kalau dapat, Fuyyyoooo!!!! Memang terbaek la kan! So, nak bagi tau favorite biskut raya saye ialah biskut samprit dengan biskut buah pinggang.
-biskut samprit- -biskut buah pinggang-
Pergh!!! ceri 1st class.... Sedapnye.................
Time zaman dolu-dolu, seronok la buat dengan family biskut-biskut nie terutamanya samprit sebab biskut buah pinggang tu kami memang dah jadi adat beli setiap tahun.
Saye nak share la kan resepi biskut samprit dengan biskut buah pinggang nie.......
Resepi Biskut Samprit
Cara-caranya:
Kisarkan gula dan kuning telur hingga naik gebu, kemudian masukkan kedua-dua jenis tepung. Masukkan mentega 3/4 sahaja, masukkan dengan sedikit-sedikit. Adunan tepung tidak perlu uli terlalu lama, takut nanti kembang, Bila cukup sebati, tekan dengan jari guna nozzle open star. Boleh juga guna acuan samperit yang ada penekan kayu dan nampak gagah sikit. Hehe.. Picitkan samprit agak-agak sebesar syiling 20 sen. Kemudian bakar dalam oven dalam kadar suhu 180 darjah celcius lebih kurang 30 hingga 40 minit. Yea..siap!! Hurm...baunya pun menyegat!
credit this recepi to:
Siap bakar biskut samprit, tunggu dia sejuk dan masukkan dalam bekas. Boleh makan! Kemudian, siap-siapkan pulak bahan-bahan nak masak biskut buah pinggang. Untuk biskut nie, bahan-bahan yang diperlukan tu pun mudah saja.
Biskut Buah Pinggang
-Bahan A-
280 gram mentega
100 gram gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen nenas
1 sudu kecil esen pudina
-Bahan B-
360 gram tepung gandum (ayak)
1/8 sudu kecil emplek (ayak)
100 gram biskut Jacob high fibre (kisar)
-Bahan C-
Kuning telur
-Penyediaan-
Pukul bahan A hingga sebati.
Satukan bahan B dan masukkan ke dalam bahan A.
Rehatkan adunan selama 20 minit. Canai dan terapkan.
Sapukan kuning telur dan letakkan bahan hiasan.Bakar hingga masak
credit to: http://resepiraya.blogspot.com
Alhamdulillah, kedua-dua jenis kuih juga sudah selesai dimasak dengan jayanya. Pada sesiapa yang ingin mencuba resepi ini, dipersilakan dengan segala bahan-bahan yang dinyatakan.
Selamat mencuba!!
-nullybely_1503
0 orang DOAKAN kami DEKAN:
Post a Comment