CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

ohh!!makin meningkat

who FOLLOW??

Sunday, 2 September 2012

Dedikasi lagu raya ku ini~

~Salam Aidilfitri~




Selamat Hari Raya Aidilfitri
Taqabballah Wa Minkum
Minna Wa Minkum Taqabbal Ya Kareem.

Hamdalah..hamdalah..hamdalah..
Syukur ke hadrat yang Esa kerana masih lagi kita dapat merasai Syawal di tahun ini. Setelah berpergian Ramadhan yang mulia, yang di dalamnya ada malam lebih baik dari seribu bulan. 
Kini, Syawal yang hadir adalah sebagai bulan kegembiraan dan untuk kita bermaaf-maafan antara satu samal lain.

Serasinya apabila Hari Raya Aidilfitri menjelma, lagu-lagu raya akan berdendangan ke seluruh penjuru media mahupun dinyanyi-nyanyikan sendiri.

Oleh itu, saye ingin dedikasikan lagu ini kepada Keluarga tercinta serta sahabat tercinta...terimalah.............


Menjelang Hari Raya dendangan Dj Dave


Menjelang hari raya
Berakhirnya puasa
Bergema takbir senja
Menyambut syawal tiba

Suasana riang ria
Terlihat sini sana
Menyeri malam raya
Terhias indah rupa

( korus )
Oh... cantik berseri-seri
Tua dan muda berpakaian serba baru
Oh... sungguh meriahnya
Miskin kaya pun turut bergembira

Selamat hari raya
Aidil fitri mulia
Semoga berbahagia
Hidup aman sentosa

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!!
Maaf zahir dan batin.

-nullybely_1503

Bazar Syawal

Sebulan berpuasa 
Menggulingkan diri dalam ibadah berpanjangan
Siang bertahan lapar dahaga
Malam bersama menejar terawikh
Kini 30 hari Ramadhan pergi bersama lara di hati
Ditamdah meriah dengan kehadiran Syawal


Bismillahirahmanirahim..

Untuk entry kali ini saye nak share mengenai Bazar syawal yang saye sempat joint, di Tanah Merah Jitra. 

Macam-macam ada jual kat situ. Ala-ala macam kat Jalan Masjid Jamek pon ada jugak. Fuh!! Penat gile jalan. 

Time malam raya bazar nie dibuka sehingga pukul 3 hingga 4 pagi. Orang?? Tak payah cakap la. Dah macam semut hurung gula. Kereta? Hurm...jem. 

Tak de la beli apa sangat pun, sebab yang lain-lain dah siap sedia kat rumah. Kuih raya,  baju raya, tudung, aksesori dan sebagainya.... Tapi, memang murah la kan barang-barang yang dijual.

Baju raya. Warna-warni ada. Nak corak macam mana? Moden. Klasik. Kurung pahang. Kebaya. Jubah. Jubah seluar. Nak seragam.. Pilih je mengikut citarasa.

Telekong raya pun ada. Murah-murah semuanya. Tak payah gi Medan or Bandung, kat Jitra pun bule dapat..(kene g tau ibu nie)

Kasut raya. Untuk siapa-siapa yang nak beli kasut last minit, bole la. Lelaki perempuan semua jenis ada. Siap discount lagi.

Mercun dengan bunga api?? Haha.. Of course la ada kan. Perkara wajib tu....

Ok lah. Macam-macam dah cerita nie. Nak g tolong ibu siapkan makanan untuk raya esok..

Selamat Hari Raya!!
Maaf zahir dan batin....

-nulybely_1503 

Saturday, 1 September 2012

Masakan ibu tertambat di hati~

Assalamualaikum, kepada semua pembaca....

Walaupun tengah sibuk-sibuk menjalani ibadah puasa serta ibadah-ibadah lainnya, saye disini ingin berkongsi mengenai makanan serta minuman kegemaran semasa Ramadhan. Bak kata orang yang paling memikat la dalam bulan puasa ni. Ikutkan, tak de la best sangat kalau tak bulan ramadhan, tapi dah tertambat sungguh hingga sekarang. Nampak tak? Nampak tak penangan ramadhan tu? Sampai makanan pun terasa tempiasnya sekali...

Dok cite-cite, makanan ape yang membuatkan saye tertambat sangat tu??
Hehe..inilah masakan tu...
tapi dengan satu syarat! Mesti dari ibu masak sahaja. Kalau beli..erm...tak best!! 

-Masak lemak udang dengan nenas-


dan

-Sambal tumis ikan bilis-


Haa..makanan-makanan nie la yang sangat membuka selera saye kat rumah. Makan pulak dengan nasi putih tambah kicap... Pergh!!!!!!!!!!!!!!!! Mantap!

Nie pulak air favorite saye..air apa?

-Air cincau ais-


Memang..memang..memang terbaik la kan berbuka bersama juadah kegemaran. Mau bertambah-tambah nasi dibuatnya....

Thanx ibu!

-nullybely_1503