CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

ohh!!makin meningkat

who FOLLOW??

Sunday, 2 September 2012

Dedikasi lagu raya ku ini~

~Salam Aidilfitri~




Selamat Hari Raya Aidilfitri
Taqabballah Wa Minkum
Minna Wa Minkum Taqabbal Ya Kareem.

Hamdalah..hamdalah..hamdalah..
Syukur ke hadrat yang Esa kerana masih lagi kita dapat merasai Syawal di tahun ini. Setelah berpergian Ramadhan yang mulia, yang di dalamnya ada malam lebih baik dari seribu bulan. 
Kini, Syawal yang hadir adalah sebagai bulan kegembiraan dan untuk kita bermaaf-maafan antara satu samal lain.

Serasinya apabila Hari Raya Aidilfitri menjelma, lagu-lagu raya akan berdendangan ke seluruh penjuru media mahupun dinyanyi-nyanyikan sendiri.

Oleh itu, saye ingin dedikasikan lagu ini kepada Keluarga tercinta serta sahabat tercinta...terimalah.............


Menjelang Hari Raya dendangan Dj Dave


Menjelang hari raya
Berakhirnya puasa
Bergema takbir senja
Menyambut syawal tiba

Suasana riang ria
Terlihat sini sana
Menyeri malam raya
Terhias indah rupa

( korus )
Oh... cantik berseri-seri
Tua dan muda berpakaian serba baru
Oh... sungguh meriahnya
Miskin kaya pun turut bergembira

Selamat hari raya
Aidil fitri mulia
Semoga berbahagia
Hidup aman sentosa

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!!
Maaf zahir dan batin.

-nullybely_1503

Bazar Syawal

Sebulan berpuasa 
Menggulingkan diri dalam ibadah berpanjangan
Siang bertahan lapar dahaga
Malam bersama menejar terawikh
Kini 30 hari Ramadhan pergi bersama lara di hati
Ditamdah meriah dengan kehadiran Syawal


Bismillahirahmanirahim..

Untuk entry kali ini saye nak share mengenai Bazar syawal yang saye sempat joint, di Tanah Merah Jitra. 

Macam-macam ada jual kat situ. Ala-ala macam kat Jalan Masjid Jamek pon ada jugak. Fuh!! Penat gile jalan. 

Time malam raya bazar nie dibuka sehingga pukul 3 hingga 4 pagi. Orang?? Tak payah cakap la. Dah macam semut hurung gula. Kereta? Hurm...jem. 

Tak de la beli apa sangat pun, sebab yang lain-lain dah siap sedia kat rumah. Kuih raya,  baju raya, tudung, aksesori dan sebagainya.... Tapi, memang murah la kan barang-barang yang dijual.

Baju raya. Warna-warni ada. Nak corak macam mana? Moden. Klasik. Kurung pahang. Kebaya. Jubah. Jubah seluar. Nak seragam.. Pilih je mengikut citarasa.

Telekong raya pun ada. Murah-murah semuanya. Tak payah gi Medan or Bandung, kat Jitra pun bule dapat..(kene g tau ibu nie)

Kasut raya. Untuk siapa-siapa yang nak beli kasut last minit, bole la. Lelaki perempuan semua jenis ada. Siap discount lagi.

Mercun dengan bunga api?? Haha.. Of course la ada kan. Perkara wajib tu....

Ok lah. Macam-macam dah cerita nie. Nak g tolong ibu siapkan makanan untuk raya esok..

Selamat Hari Raya!!
Maaf zahir dan batin....

-nulybely_1503 

Saturday, 1 September 2012

Masakan ibu tertambat di hati~

Assalamualaikum, kepada semua pembaca....

Walaupun tengah sibuk-sibuk menjalani ibadah puasa serta ibadah-ibadah lainnya, saye disini ingin berkongsi mengenai makanan serta minuman kegemaran semasa Ramadhan. Bak kata orang yang paling memikat la dalam bulan puasa ni. Ikutkan, tak de la best sangat kalau tak bulan ramadhan, tapi dah tertambat sungguh hingga sekarang. Nampak tak? Nampak tak penangan ramadhan tu? Sampai makanan pun terasa tempiasnya sekali...

Dok cite-cite, makanan ape yang membuatkan saye tertambat sangat tu??
Hehe..inilah masakan tu...
tapi dengan satu syarat! Mesti dari ibu masak sahaja. Kalau beli..erm...tak best!! 

-Masak lemak udang dengan nenas-


dan

-Sambal tumis ikan bilis-


Haa..makanan-makanan nie la yang sangat membuka selera saye kat rumah. Makan pulak dengan nasi putih tambah kicap... Pergh!!!!!!!!!!!!!!!! Mantap!

Nie pulak air favorite saye..air apa?

-Air cincau ais-


Memang..memang..memang terbaik la kan berbuka bersama juadah kegemaran. Mau bertambah-tambah nasi dibuatnya....

Thanx ibu!

-nullybely_1503


Friday, 31 August 2012

my favorite biskut raya

Assalamualaikum kepada semua pembaca...

Untuk entry kali nie, saye ingin berkongsi mengenai resepi biskut raya kegemaran. Kalau setiap kali raya bertandang, mesti biskut nie jadi kegemaran saye. Akan tercari-cari di setiap rumah yang menjadi spot ziarah...hehe.nasib le. Kalau dapat, Fuyyyoooo!!!! Memang terbaek la kan! So, nak bagi tau favorite biskut raya saye ialah biskut samprit dengan biskut buah pinggang.

                                   
         -biskut samprit-                                                           -biskut buah pinggang-
      Pergh!!! ceri 1st class....                                                   Sedapnye.................

Time zaman dolu-dolu, seronok la buat dengan family biskut-biskut nie terutamanya samprit sebab biskut buah pinggang tu kami memang dah jadi adat beli setiap tahun.

Saye nak share la kan resepi biskut samprit dengan biskut buah pinggang nie.......

Resepi Biskut Samprit


1 tin tepung jagung Brown and Polson 450 g
1 tin mentega SCS/buttercup 454 g
7 kuning telur( ayam kampung )
1 1/4 cawan gula; ( ***)
1 1/2 cawan tepung gandum


Cara-caranya:

Kisarkan gula dan kuning telur hingga naik gebu, kemudian masukkan kedua-dua jenis tepung. Masukkan mentega 3/4 sahaja, masukkan dengan sedikit-sedikit. Adunan tepung tidak perlu uli terlalu lama, takut nanti kembang, Bila cukup sebati, tekan dengan jari guna nozzle open star. Boleh juga guna acuan samperit yang ada penekan kayu dan nampak gagah sikit. Hehe.. Picitkan samprit agak-agak sebesar syiling 20 sen. Kemudian bakar dalam oven dalam kadar suhu 180 darjah celcius lebih kurang 30 hingga 40 minit. Yea..siap!!  Hurm...baunya pun menyegat! 

credit this recepi to: 

Siap bakar biskut samprit, tunggu dia sejuk dan masukkan dalam bekas. Boleh makan! Kemudian, siap-siapkan pulak bahan-bahan nak masak biskut buah pinggang. Untuk biskut nie, bahan-bahan yang diperlukan tu pun mudah saja. 

Biskut Buah Pinggang

-Bahan A-
280 gram mentega
100 gram gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen nenas
1 sudu kecil esen pudina

-Bahan B-
360 gram tepung gandum (ayak)
1/8 sudu kecil emplek (ayak)
100 gram biskut Jacob high fibre (kisar)

-Bahan C-
Kuning telur

-Penyediaan-
Pukul bahan A hingga sebati.
Satukan bahan B dan masukkan ke dalam bahan A.
Rehatkan adunan selama 20 minit. Canai dan terapkan.
Sapukan kuning telur dan letakkan bahan hiasan.Bakar hingga masak


credit to: http://resepiraya.blogspot.com

Alhamdulillah, kedua-dua jenis kuih juga sudah selesai dimasak dengan jayanya. Pada sesiapa yang ingin mencuba resepi ini, dipersilakan dengan segala bahan-bahan yang dinyatakan.

Selamat mencuba!!
-nullybely_1503

Recepi Kuih Raye..


Biskut Cornflakes Madu

Ok..bahan2 yg kite perlukan utk bwt kuih raya ni senang je..

1.    Cornflakes

2.    Butter

3.    Gula

4.    Golden syrup

5.    Chocolate chips secukupnya..

X banyak kan barang yg diperlukan??

Cara-cara nya pulak..

Ramaskan cornflakes kasar-kasar..

Pukulkan butter dan gula hingga kembang dan baru masukkan cornflakes..

Kemudian masukkan golden syrup gaul rata

N akhir sekali masukkan chocolate chips..

Letakkan dlm small cup dan bakar..

Siap..


itu jer..

hahahha..senang kan??? 

(>_<)v



Suasana Bazar Aidilfitri Shikin...


SUASANA BAZAR RAMADHAN
Assalamualikum..

Untuk entry kali ni..Saya nk share pengalaman saya di bazar aidilfitri di Tanjung Karang..

Ramai sangat orang yg membeli-belah waktu malam raye ni..

Jalan raya pun sesak..


Ni la gambar kesesakan lalu lintas kat Tanjung Karang..

Bukan 2 je..

Semua peniaga-peniaga ni x menang tangan melayan pelanggan2 yg datang..



Semua sibuk cari tudung rayer..

Lepas ni  nak cari kasut rayer pulak..


Banyak nye kasut..Nak piih yg mane 1 ni??

Saya bukan je shopping baju,kasut,tudung tapi..KuIH Rayer jugak..


Ni la adik n kakak saya..

Banyak kan pilihan??
Pilih2 mane nak..
Jom kite tengok kedai kerongsang plak..


Berpinar mata tgk kerongsang banyak2 ni..


Nak tau x?? Pak Cik ni kedekut betol..
X nak bagi discount langsung kalau beli banyak..

Ok lah.. Ni je la gambar2 yg sy leh share kpd semua..
Nak tau..Ape yg best bile kite shopping mlm raye??
Almost semua barang ade off price..x caye (>_<) v tgk gambar ni..


Tgk rm 5 je kan??

Bukan 2 jer..Ade org lelong kuih rayer jugak..

2 la kebaikan nye..

Tapi ade jugak keburukannye..

Jalan dah la sesak..x de parking pulak..

Ramai org..Pas2 nk beli barang kene berhimpit2..

Panas plak 2..X tau nak gambarkan macam mane temperature waktu 2.. rase macam 100°c..

K la ni je yg sy nk share kan pada semua..

Bye2 see u..(>_<) v

_Shikin Isa

SUASANA BAZAR RAMADHAN

SUASANA BAZAR RAMADHAN
Assalamualikum..

(>_<) v

Untuk entry kali ni..

Saya nk share pengalaman saya di bazar aidilfitri di Tanjung Karang..


Ramai sangat orang yg membeli-belah waktu malam raye ni..

X menang tangan peniaga-peniaga layan pelanggan2 ni..

Saya bukan je shopping baju raye..tp kuih-kuih rayer jugak..

Nk tau lebih lanjut suasana ni??


Jom kite layan video2 ni..

Dedikasi lagu raya..

Jom tengok video ni..(>_<)v
Selamat menonton..



Jika ada jarum yg patah,
Jangan di simpan di dalam peti,
Jika ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati..

Bye..(>_<) v
from_Shikin Isa_


Fadhilat Ramadhan

Assalamualaikum...
sempena bulan Ramadhan yang mulia lagi penuh makna ni, kami  ingin berkongsi sedikit mengenai fadhilat di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : 
Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu “AllahuAkbar” 3 kali, kemudian bacalah :
(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat 
dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan : 
(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)

Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya. Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani.

Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan

Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya.

"Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!"

Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta’ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ).

Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh……. berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini?

Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada malaikat :

Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka!

Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! 
(Al-Hadith).

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :

a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.

(Al-Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat :

Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah – Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. 
(Al-Hadith)

Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.

Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. 
(Al-Hadith).

Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya .
(Al-Hadith)

Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)

Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)

Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  
(Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)

Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian 
(Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)

Apabila memakai kasut, berdoalah kasut 
(Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)

Apabila memegang timba berdoalah pula timba : 
(Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)

Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : 
(Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)

Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: 
( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)

Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)

Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
  • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
  • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
  • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
  • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
  • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).Ramadan, Ramada, ertinya : membakar – yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.


“Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur.” 
(Al Hadith)

“Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan.” (Al Hadith)
“Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api.”
 (Al Hadith)


“Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun .” (Al Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.
(Al Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) 
(Al-Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari 
(Al Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan 
(Al Hadith)

credit for : www.darulnuman.com